Cabaran 100 Artikel

Sebarang permintaan untuk tutorial, email kepada ch3p0t@gmail.com

Masalah Udara Dalam Tiub CISS

Tentang Artikel Ini
Dikarang oleh ch3p0t pada 11:48:00 PM |

Disebabkan ramai yang bertanya pasal masalah udara yang wujud di dalam tiub CISS printer, askch3p0t pon sudah penat reply email yang sama. Harap tutorial ini dapat membantu. Sebenarnya udara yang terdapat dalam tiup bukan lah suatu masalah tetapi normal kepada printer jenis CISS. Anda sebenarnya boleh abaikan masalah ini kerana apabila dakwat didalam catridge kering, ia secara automatik menolak dakwat di dalam tangki CISS ke dalam catridge dan menolak sekali udara yang terdapat dalam tiup.


Walaubagaimanapun, ada cara untuk menolak udara keluar dari tiup secara manual. Ikut langkah dibawah:

askch3p0t menggunakan:
Printer: Canon MP258
1. Tekan butang maintenance (rujuk pada gambarajah dibawah) sehingga paparan menunjukkan "Y" pada skrin kecil pada bahagian atas printer.
2. Tekan Black or Color bergantung kepada udara yang terdapat pada tiub CISS. Jika tiup hitam yang mengandungi udara. Tekan Black. Begitulah sebaliknya.

P/S:
- Anda juga boleh menggunakan fungsi cleaning pada printer setting untuk menolak dakwat tersebut.
- Jangan buang udara dengan menyedut melalui lubang catridge. Ia akan menggangu pengaliran dakwat disebabkan perbezaan antara tekanan udara di dalam dan di luar catridge. Kecuali anda mengosongkannya bersama dakwat yang terdapat dalam catridge.

Apa kata anda:

0 komen untuk “Masalah Udara Dalam Tiub CISS”